misteri sebalik lagu ulek mayang

by mr_kokun on 10:37 PM, 10-Jul-11

Category: PENGATAHUAN

Ulek mayang...Pasti semua sudah ketahui akan lagunya,ulek mayang adalah satu mitos dahulu berasal dari terenganu malaysia dan merupakan lagu bentuk pemujaan dan perubatan,menurut dari fakta yang aku tahu dan menurut orang tua dahulu lagu ulek mayang ini mengisahkan tentang 7orang puteri dari alam yg berbeza dan selalu di nyanyikan oleh puteri bongsu ia itu puteri mayang sari...Ok lah dah lari dari topik pulak skrang aku ingin bkongsi mengenai lagu ulek mayang bukan mengisahkan tentang 7 puteri mayang kemungkinan kisah 7 puter mayang akan ku post di postingan akan datang,teruskan lanjut ke lagunya ulek mayang dan kajikan dari akal fikiran logikal lirik lagu di bawah ini

Lirik :
Ulek mayang ku ulek, Ulek dengan jala jemala Ulek mayang diulek, Ulek dengan tuannya puteri

Ulek mayang diulek, Ulek dengan jala jemala Ulek mayang diulek, Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong, Puteri dua bersanggol sendeng Puteri dua bersubang gading, Puteri dua berselendang kuning

Umbok mayang diumbok, Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek, Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong, Puteri empat bersanggol sendeng Puteri empat bersubang gading, Puteri empat berselendang kuning

Umbok mayang diumbok, Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek, Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong, Puteri enam bersanggol sendeng Puteri enam bersubang gading, Puteri enam berselendang kuning Umbok mayang diumbok, Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek, Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong, Puteri tujuh bersanggol sendeng Puteri tujuh bersubang gading, Puteri tujuh berselendang kuning

Umbok mayang diumbok, Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek, Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong, Tuan puteri bersanggol sendeng Tuan puteri bersubang gading, Tuan puteri berselendang kuning

Umbok mayang diumbok, Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek, Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu, Yang laut balik ke laut Yang darat balik ke darat, Nasi berwarna hamba sembahkan

Umbok mayang ku umbok, Umbok dengan jala jemala Pulih mayang ku pulih, Pulih balik sedia kala

Pasti di antara sobat tertanya-tanya megapa lirik lagu ulek mayang ini seakan tidak lengkap dan megapa di dalam lirik lagu ulek mayang hanya sebut puteri 2,4,6 dan 7 dan di mana pergi rangkap lirik puteri 1,3 dan 5...? Sebenarnya itulah misteri di sebalik lagu ulek mayang ini dan sememang tidak lengkap serta tiada siapa yang mengetahui akan rangkap lagu yang hilang itu hanya seorang lelaki sahaja yg mengetahui akan kelengkapan lagu tersebut ia itu kekasih puteri bongsu puteri mayang sari dan menurut dari orang dahulu bahawa lagu ulek mayang ini tidak boleh di nyanyikan sesuka hati atau di pemainkan kerana lagu ulek mayang ini terlalu keras dan berunsur pemujaan...Apa-apa pun aku post kan ini hanya sekadar berkongsi dan berfikir akan mesteri lagu ulek mayang dan yang selebihnya hanya tuhan saja mengatahui....allahuallam

Share on Facebook Share on Twitter

Comments

2 responses to "misteri sebalik lagu ulek mayang"

kangjack [10:45 PM, 10-Jul-11]

Habis ngopi sob, sekalian mampir absen n nyimak dulu. Makasih.

Saka [12:16 AM, 11-Jul-11]

Sib bos infonya. Met istirahat aja... biggrin

Subscribe to comment feed: [RSS] [Atom]

New Comment

[Sign In]
Name:

Comment:
(You can use BBCode)

Security:
Enable Images